• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Ziarah Asnaf Daerah Muallim

Muallim, 8 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu (MAIPk) Cawangan Muallim meneruskan penganjuran Program Ziarah Asnaf di sekitar Daerah Muallim. Program ini bertujuan menelusuri dan mendekati denyut kehidupan insan-insan yang diuji. Bukan sekadar menziarahi, tetapi menyelami derita, memahami keperluan, dan menyantuni mereka dengan penuh hormat serta menyampaikan bantuan secara langsung kepada yang memerlukan.

MAIPk menyantuni 5 keluarga asnaf melibatkan penyampaian bantuan modal berjumlah RM7 ribu, bantuan perubatan berjumlah RM34 ribu dan bantuan bina rumah berjumlah RM74.8 ribu.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Besar Zon Selatan, Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin dan Penghulu Mukim Slim, Mohd Azizul bin Zakaria.

Semoga bantuan ini menjadi pemangkin semangat dan menyuntik semangat baharu kepada mereka dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. MAIPk terus komited menggalas amanah ummah mengurus agihan zakat di negeri Perak seterusnya memastikan kebajikan asnaf sentiasa terbela.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.