• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk Terus Perkasa Belia Asnaf Melalui Latihan TVET

MAIPk Terus Perkasa Belia Asnaf Melalui Latihan TVET

MANJUNG, 14 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited memperkasa golongan belia asnaf melalui pelaksanaan program latihan kemahiran berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Terbaharu, seramai 40 orang belia asnaf menerima tajaan penuh bagi mengikuti Latihan Kemahiran Transformasi Arka Logam (Kimpalan) di Northwestern Institute of Advanced Technical Skills (NIATs), sebuah pusat latihan bertauliah yang beroperasi di Manjung.

Kos keseluruhan tajaan berjumlah RM388,000.00 ditanggung sepenuhnya melalui dana zakat, sebagai usaha mengubah masa depan golongan asnaf melalui penguasaan kemahiran yang relevan dan berkualiti.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan membuka laluan kerjaya berpendapatan tinggi kepada belia asnaf, khususnya dalam industri minyak & gas.

Latihan ini dilaksanakan secara modular bertauliah dan akan diakhiri dengan penempatan pekerjaan dalam industri, seterusnya menjamin peluang kerjaya yang lebih stabil dan mampan.

Usaha ini selaras dengan hasrat MAIPk untuk membebaskan asnaf daripada belenggu kemiskinan melalui pemerkasaan ekonomi dan pembangunan modal insan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.