MAIPk Zon Utara Sampaikan Bantuan Segera Mangsa Kebakaran
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara turun padang bagi menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering, Taiping pada 11 Oktober 2025.
Kebakaran tersebut melibatkan rumah milik Haji Muhamad bin Dahman yang didiami tiga (3) orang ahli keluarga. Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Hasil tinjauan awal mendapati keseluruhan struktur rumah hangus terbakar. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan
Pemyelamat.
Pengurus Besar Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim telah turun padang menyampaikan bantuan segera secara one-off berjumlah RM500 kepada mangsa bagi meringankan beban awal yang ditanggung.
Selain itu, MAIPk turut memaklumkan bahawa proses penilaian bagi bantuan bina rumah sedang dijalankan dan akan dipertimbangkan sekiranya mangsa memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
MAIPk sentiasa komited untuk membantu asnaf dan mangsa musibah agar mereka tidak terpinggir serta dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Video : MAIPk Zon Utara Sampaikan Bantuan Segera Mangsa Kebakaran
Video : MAIPk Zon Utara Sampaikan Bantuan Segera Mangsa Kebakaran