• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PROGRAM USAHAWAN eSURI DROPSHIP & AFFILIATE MAIPk 2025

PROGRAM USAHAWAN eSURI DROPSHIP & AFFILIATE MAIPk 2025

IPOH, 18 November 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Usahawan eSuri Dropship & Affiliate 2025 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh bagi memperkasakan keupayaan surirumah asnaf menjana pendapatan melalui platform digital.

Program sehari ini menghimpunkan 66 peserta daripada kalangan surirumah asnaf seluruh Negeri Perak dan memberi pendedahan kepada ilmu asas pemasaran digital, teknik jualan dalam talian serta latihan praktikal untuk memulakan perniagaan menggunakan sistem dropship dan affiliate eSuri.

Pelaksanaan program turut mendapat kerjasama strategik daripada beberapa agensi dan syarikat industri Eskayvie, Tudung Candylicious, Sambal Syilis, Chor World, De’Xandra dan Amway, yang berkongsi kepakaran, peluang kerjasama serta membuka ruang jaringan perniagaan kepada peserta.

MAIPk akan terus komited memperkukuhkan usaha meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf, khususnya surirumah, agar mereka dapat membina sumber pendapatan yang lebih stabil dan berdaya saing.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.