TRANSFORMASI HIDUP ASNAF - USAHA & BIMBINGAN MAIPk BERI SINAR BAHARU
Kisah Noor Hamdan bin Gulam Mohamed membuktikan bahawa ilmu, usaha dan peluang yang tepat mampu mengubah kehidupan.
Pada usia 38 tahun, bapa kepada dua anak ini giat menjalankan perniagaan berkaitan pembuatan pusara dan batu nisan di kediamannya. Berkat semangat dan kesungguhan, pendapatan beliau kini mencecah RM12,000 ribu sebulan, sekali gus mengangkat taraf hidup keluarga.
Melalui Program Pemerkasaan Asnaf (PROPER A), MAIPk menyalurkan pelbagai bentuk sokongan seperti Kursus Pembuatan Pusara & Batu Nisan,Seminar Motivasi & Halatuju Usahawan MAIPk, Kursus Pemasaran Online & Offline, Kursus Pengurusan Kewangan dan Kursus Penampilan Imej Profesional.
Setiap bantuan ini bertujuan membina keyakinan, meningkatkan kemahiran, dan memacu beliau menjadi usahawan yang lebih berdaya saing.
MAIPk komited membimbing asnaf agar berdikari, meluaskan potensi dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
VIDEO : TRANSFORMASI HIDUP ASNAF - USAHA & BIMBINGAN MAIPk BERI SINAR BAHARU
VIDEO : TRANSFORMASI HIDUP ASNAF - USAHA & BIMBINGAN MAIPk BERI SINAR BAHARU






