• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π—  π—•π—”π—Ÿπ—”π—¦ π— π—”π—œπ—£π—Έ π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—œπ—¦π—¨ π—§π—¨π—Ÿπ—”π—₯ π——π—œ π—™π—”π—–π—˜π—•π—’π—’π—ž: π— π—”π—‘π—π—’π—œ π— π—”π—‘π—π—’π—œ π—”π—π—˜π—₯π—₯

π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π—  π—•π—”π—Ÿπ—”π—¦ π— π—”π—œπ—£π—Έ π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—œπ—¦π—¨ π—§π—¨π—Ÿπ—”π—₯ π——π—œ π—™π—”π—–π—˜π—•π—’π—’π—ž: π— π—”π—‘π—π—’π—œ π— π—”π—‘π—π—’π—œ π—”π—π—˜π—₯π—₯

1. Berdasarkan semakan Majlis Agama Islam dan β€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama kakitangan MAIPk yang bertugas semasa program Karnival Sukan Rakyat di Stadium Mini Sg. Tapah Tambahan, Ipoh tiada kenyataan seperti β€œnak benda free kena scan” dikeluarkan oleh mana-mana kakitangan MAIPk. Pada ketika itu, kakitangan yang bertugas berusaha sedaya upaya memainkan peranan untuk menyelesaikan tugasan agihan dengan cepat serta memudahkan urusan penerima.

2. Berhubung isu dakwaan kelewatan proses agihan beras, MAIPk memohon kemaafan sekiranya perkara tersebut menimbulkan kesulitan terutamanya kepada penerima yang layak. Perlu difahami bahawa, MAIPk menghormati susunan acara program yang ditentukan oleh pihak penganjur iaitu NGO KAMI (Komuniti Anak Manjoi Ipoh), iaitu penyerahan beras dibuat pada waktu tengah hari, supaya melancarkan pengisian program yang disusun seperti taklimat dan aktiviti lain-lain.

3. Sepanjang pelaksanaan program, terdapat sedikit kesulitan apabila senarai nama penerima yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kariah tidak sepenuhnya sepadan dengan individu yang hadir. Terdapat nama dalam senarai, namun individu yang datang adalah orang lain. Bagi memastikan agihan dapat dibuat dengan lebih teratur dan telus, MAIPk mengambil inisiatif menggunakan kod QR untuk tujuan semakan bagi mereka yang berkemampuan menggunakan telefon pintar.

4. Bagi warga emas seperti makcik dan pakcik yang hadir ke kaunter MAIPk dan tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut, petugas telah membantu dengan mengambil gambar kad pengenalan untuk tujuan rekod sebelum menyerahkan bantuan beras.

5. Difahamkan juga bahawa sebahagian yang hadir datang bersama rakan-rakan, namun nama mereka tiada dalam senarai asal. Situasi ini memerlukan sedikit masa untuk proses semakan dibuat. Walaupun berdepan beberapa kekangan, MAIPk tetap berusaha menyantuni tetamu serta pengunjung yang hadir untuk memastikan bantuan beras dapat disalurkan kepada mereka.

6. MAIPk sentiasa komited untuk melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab serta berusaha menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa demi kebajikan asnaf.

7. MAIPk tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu/pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas hak orang lain terutamanya golongan asnaf fakir dan miskin seperti yang berlaku pada segelintir pengunjung semasa hari kejadian. MAIPk berharap ianya tidak berulang pada masa akan datang.

8. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak 1447 Hijriah. Semoga diampuni segala dosa, diberi kemudahan untuk menekuni ibadah serta dikurniakan Lailatul Al Qadr.

Sekian terima kasih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.