• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

KUALA KANGSAR, 25 Februari 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM7,874,066.76 yang terdiri daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sesi penyerahan zakat perniagaan didahului Jakel Ipoh, Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, YBhg. Datuk Mohamed Nizam bin Mohamed Jakel sebanyak RM300,000.00. Ia diikuti, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Mohd Hasrizad bin Zaman berjumlah RM103,845.30.

Seterusnya, Menteri Besar Incorporated diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Anuar bin Zainal Abidin sebanyak RM1,000,000.00. Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusof berjumlah RM4,553,453.46.

Kemudian, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Zulkefli bin Abdullah sebanyak RM900,000.00. Selain itu, Royale College Of Medicine Perak yang diwakili oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Syed Rahim bin Syed Hamid berjumlah RM256,769.00.

Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan SS Trend Trading yang diwakili oleh Pengasas, Tuan Muhamad Syafi bin Md Sayuti sebanyak RM159,999.00. Penyerahan zakat yang terakhir merupakan zakat pendapatan dan simpanan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Zakaria bin A. Kadir berjumlah RM600,000.00.

Dalam majlis sama, baginda berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.

Zakat berperanan sebagai mekanisme agihan kekayaan yang adil serta pemangkin kesejahteraan sosial. Ia bukan sekadar kewajipan, malah instrumen pembangunan ummah yang mampu memperkasa ekonomi masyarakat secara menyeluruh.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.