PROGRAM INDUKSI ANGGOTA MAJLIS PENGGAL 2026-2027
TAIPING, 7 Mei 2026 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah mengadakan Program Induksi kepada Anggota MAJLIS penggal 2026-2027 di Hotel Seri Warisan, Taiping. Program ini dihadiri oleh beberapa Anggota MAJLIS serta slot taklimat disampaikan oleh pengurusan tertinggi MAIPk.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memperkenankan pengurniaan watikah pelantikan Anggota MAJLIS bagi penggal 2026-2027 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.
Objektif program induksi ini diadakan kepada Anggota MAJLIS adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab MAIPk. Selain itu, program ini turut bertujuan menjelaskan peranan Anggota MAJLIS dalam proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti serta sebagai pembuat keputusan.








