MAIPk SALUR BANTUAN RAWATAN RM32,000 KEPADA PESAKIT KANSER PAYUDARA
KG GAJAH, 12 Mei 2026 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited membantu golongan asnaf yang memerlukan melalui Skim Bantuan Perubatan bagi meringankan beban kos rawatan penyakit kronik.
Penerima bantuan, Puan Norhana binti Mohamed, 50 tahun dari Kampung Tersusun Bukit Chawi, merupakan pesakit kanser payudara yang disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mac 2025. Beliau telah menjalani pembedahan serta menjalani rawatan kimoterapi dan kini memerlukan rawatan susulan secara berterusan.
Bagi membantu meringankan beban Puan Norhana, MAIPk telah meluluskan bantuan berjumlah RM32,000.00 berupa bekalan ubat Ribociclib bagi tempoh satu tahun untuk membantu mengurangkan risiko penghidap dijangkiti semula kanser payu dara. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Kampung Gajah, Muhamad Amir Amirul bin Ismail.
Semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu Puan Norhana meneruskan rawatan pemulihan kesihatan dengan lebih lancar serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.








