MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PEMBANGUNAN ISLAM KEPADA SMK (FELDA) BESOUT, SUNGKAI DAN SK SRI KINJANG, CHENDERIANG
TAPAH, 12 MEI 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Tapah telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM10 ribu kepada SMK (Felda) Besout, Sungkai dan SK Sri Kinjang, Chenderiang dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd. Amin dan diterima oleh wakil sekolah masing-masing selaku penerima sumbangan.
Sumbangan ini diberikan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam yang kondusif dan terbaik di sekolah, sekaligus memberi manfaat kepada warga sekolah. Sumbangan ini juga dapat membantu pihak sekolah melaksanakan usaha penambahbaikan prasarana yang terbaik untuk para pelajar muslim.










