• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERSIDANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK KALI KE-236

PERSIDANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK KALI KE-236

IPOH, 26 Jun 2026 – Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAJLIS) Kali Ke-236 Bilangan 2/2026 telah berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua MAJLIS.

Persidangan MAJLIS merupakan platform utama bagi membincangkan dasar dan keputusan berkaitan pengurusan hal ehwal Islam dan agenda pembangunan ummah. Semoga keputusan yang dicapai dalam persidangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada umat Islam di Negeri Perak.

Turut hadir ialah YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YAA. Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak; SS Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak; YBhg. SS Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak serta YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Setiausaha MAJLIS.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.