MAIPk TAPAH SERAHKAN PERALATAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN
TAPAH, 19 November 2025 - MAIPk Cawangan Tapah meneruskan komitmen menyantuni golongan asnaf Fakir Miskin yang bekerja mencari pendapatan untuk keluarga mereka. Bantuan Modal berupa barangan mesin basuh baju dan mesin pengering baju diluluskan untuk diberikan kepada Puan Jamiah binti Talib yang tinggal di Kampung Kinjang Baru, Chenderiang, Tapah.
Beliau sedang menyara anaknya seorang kurang upaya. Beliau bekerja dengan melakukan pekhidmatan dobi untuk masyarakat setempat.
Penyerahan Bantuan Modal disempurnakan oleh YDH Orang Besar Jajahan Batang Padang, Dato’ Haji Mat Rasid bin Ayob. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan dan Penghulu Mukim Chenderiang. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membantu penerima untuk meringankan beban dan seterusnya meningkatkan pendapatan bulanan.








