Pengurusan Fidyah
1. Sejarah
Ibnu Saad dalam Thabaqatnya, dari Mujahid, katanya, " Ayat ini diturunkan mengenai majikan dari Qais bin Saib ( yang sudah sangat lanjut usianya), ' Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang yang miskin' (Q.S Al Baqarah 184). Lalu ia tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin setiap hari Ramadhan yang tidak dipuasainya."
Adapun hadis yang menerangkan tentang fidyah telah diriwayatkan oleh Salamah bin Akwa'Ra, iaitu :
Ertinya :
Diriwayatkan dari Salamah bin Akwa R.A, dia telah berkata ketika turun ayat :
"dan diwajibkan bagi orang tidak berdaya melakukannya ( berpuasa ) agar membayar fidyah ( memberi ) makan kepada orang miskin ".
menyebabkan ada seseorang yang ingin berbuka ( tidak berpuasa ) dan membayar fidyah sehingga turunlah ayat berikutnya yang menasakhkannya ( HR Jama'ah kecuali ahmad )'
Hadis di atas menerangkan tentang diwajibkannya berpuasa atas orang yang mampu melakukannya. Ketika ayat di atas turun, kata " yuthi qunahu = mampu melakukannya," berlaku pemahaman yang berbeza, sehingga ada orang yang mampu berpuasa, tetapi ingin membayar fidyah sebagai ganti puasa. Namun kemudian turun ayat berikutnya :
Ertinya :
" Maka barang siap di antara kamu bertemu dengan bulan ramadhan, maka wajib berpuasa pada bulan itu".
Dengan adanya hadis dan ayat-ayat sebagai penjelas ini maka semakin jelas dan tegas, bahawa yang dibolehkan membayar fidyah adalah orang yang sudah tidak mampu melakukan puasa. Sedangkan bagi yang mampu, maka wajib bepuasa. Hal ini dipertegas dengan hadis berikut :-
Ertinya :
" Dan dari Abdul Rahman bin Abi Laila, dari Mu'adz bin Jabal ( meriwayatkan ) seperti hadis Salamah, tetapi di situ terdapat kalimah seperti berikut : kemudian Allah menurunkan ayat " maka barang siapa di antara kamu yang menyaksikan bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa".
maka Allah menetapkan berpuasa bagi orang muqim yang sihat dan memberikan keringan ( rukhshah) kepada orang yang sakit dan musafir serta membyar fidyah bagi orang yang sudah lanjut usia - tidak kuat berpuasa ( HR Ahmad dan Abu Daud).
2. Konsep Fidyah

1. Wajib Qada Puasa Sahaja :-
a) Orang yang bermusafir;
b) Sakit yang memudaratkan;
c) Perempuan yang sedah haid, wiladah ( bersalin ) atau nifas;
d) Perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
2. Wajib Qada dan Membayar Fidyah :-
a) Perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatan diri dan anak yang di dalam kandungan;
b) Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan kesihatan diri dan anaknya;
c) Perempuan yang mengandung yang bimbangkan kesihatan anaknya sahaja;
d) Lewat mengqada puasa sehingga tiba Ramadhan yang berikutnya.
3. Wajib Fidyah sahaja :-
a) Sakit tenat yang tiada harapan sembuh;
b) Orang tua yang tidak mampu berpuasa;
c) Orang yang bekerja berat sepanjang tahun;
d) Waris orang yang meninggal dunia yang belum sempat mengqada puasa.
3. Taksiran Fidyah
MAIPK boleh menerima bayarah fidyah daripada individu melalui kaunter kutipan. Prosedur pentadbiran fidyah di MAIPk adalah seperti berikut :-
1. Kaedah pengiraan
Fidyah dikira berdasarkan bilangan hari didarabkan dengan satu cupak beras dan didarabkan dengan tahun gandaan
Contoh : Bil Hari x 1 cupak x Tahun Gandaan
i. Fidyah tanpa gandaan
Fidyah yang dibayar pada tahun tersebut. Contohnya orang tua yang uzur dan tidak mampu berpuasa selama sebulan pada tahun tersebut. dan membayar fidyah puasa pada tahun tersebut atau sebelum tiba Ramadhan berikutnya, maka tiada gandaan Fidyah.
ii. Fidyah dengan gandaan
Fidyah yang dibayar tetapi telah melangkaui bulan Ramadhan bagi tahun yang berikutnya. Contohnya borang tua yang uzur dan tidak mampu berpuasa selama sebulan pada tahun berikut dan tidak juga mengqadakan puasa serta tidak membayar fidyah sehingga tiba Ramadhan bagi tahun tersebut, maka perlu membayar fidyah 2 kali ganda.( 30 hari x 700 g x 2 )