DULU PENERIMA ZAKAT, KINI PEMBAYAR ZAKAT
Perkongsian daripada usahawan muda, Encik Muhammad Zafifi bin Zainudin, Pengasas Kek Tapak Kuda Dapur Azra yang dahulunya beliau merupakan salah seorang penerima bantuan zakat pendidikan dan kini beliau ingin membantu golongan Asnaf yang berada di negeri Perak iaitu negeri kelahiran beliau sendiri.
Encik Zafifi bersama isteri beliau, Puan Auni mula membayar Zakat Perniagaan di Majlis Agama Islam Daerah Muallim pada tahun 2023 sebanyak RM50,000 dan kini berkat dan usaha beliau bersama isteri, bagi tahun 2024, beliau telah menunaikan Zakat Perniagaan sebanyak RM150,000.
“Alhamdulillah sejak saya mula membayar zakat, perniagaan saya semakin maju dan berkembang. Zakat bukanlah penyebab harta kita berkurangan dan kita kena percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah “ ujar En. Zafifi lagi.
Syarikat Kek Tapak Kuda Dapur Azra kini telah mempunyai 2 pusat pemprosesan dan mempunyai seramai 30 pekerja.
Encik Zafifi juga berhasrat untuk membayar lebih lagi Zakat Perniagaan pada tahun hadapan supaya dapat membantu lebih ramai golongan Asnaf yang berada di negeri Perak.
Jom support Kek Tapak Kuda Dapur Azra yang beroperasi di Taman Slim Mutiara, Slim River, Perak.
Jom kongsi rezeki kepada yang memerlukan! Tunaikan zakat di https://ezakat.maiamp.gov.my sekarang. Bayar online sekejap jer, 5 minit selesai.
Kredit: Team SBU Zakat Perak Al Ridzuan MAIPk Zon Selatan
Jom kongsi rezeki kepada yang memerlukan! Tunaikan zakat di https://ezakat.maiamp.gov.my sekarang. Bayar online sekejap jer, 5 minit selesai.
Kredit: Team SBU Zakat Perak Al Ridzuan MAIPk Zon Selatan