• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

DULU TERIMA ZAKAT, KINI MAMPU BAYAR ZAKAT

IPOH, 30 Disember – Seramai 13 orang usahawan asnaf Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) tahun 2023 dan 2024 telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM11,750.00. Penyerahan zakat ini melibatkan Syarikat Intan Food Enterprise, WF Foods Empires, Laksa Malam Enterprise, Hiera Livious Enterprise, Rossham Empire, Snaeiz Success Enterprise, Wafa Danish Enterprise, Ziqzril Resources, Sahabat Tujuh Services, Ezrida Kitchen, Eyum Enterprise, Joehari bin Sapin dan Zuraiha Binti Mohamad Arbi.

Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh kesemua 13 usahawan asnaf kepada Pengurus Besar SBU PZW MAIPk, En. Ahmad Nazim bin Md. Tajuri. Turut hadir bersama Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk iaitu En. Rohizan bin Hj. Omar, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, En. Amiruddin bin Osman dan Pengurus Bahagian Operasi Kutipan SBU PZW, En. Muhammad Faiz bin Zakaria.

Untuk makluman, kesemua usahawan tersebut menjalankan perniagaan Kulinari dan Pastri.
Terima kasih para muzakki negeri Perak.
Teruskan membantu golongan asnaf dengan menunaikan zakat secara dalam talian di https://ezakat.maiamp.gov.my



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.