HASIL TERTUAI, ZAKAT TERTUNAI
Isnin 30.12.2024, MAIPk telah menerima kehadiran Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad untuk Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi bagi tahun taksiran 2023.
Majlis ringkas yang dihadiri oleh Encik Shamsuddin Bin Yusuf, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad menyerahkan zakat perniagaan mereka berjumlah RM270,958.81 yang diterima oleh Encik Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Bahagian Operasi Kutipan SBU Zakat Perak Al-Ridzuan MAIPk. Penyerahan disaksikan oleh Eksekutif Bahagian Operasi Kutipan Zon Barat, Encik Mohd Saiful Izham Bin Kamaruddin bertempat di Pejabat MAIPk Daerah Kampong Gajah.
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad merupakan koperasi yang aktif mengeluarkan Zakat Perniagaan mereka saban tahun.
Didoakan dengan tertunainya zakat perniagaan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad ini diterima oleh Allah SWT dan bermanfaat kepada asnaf-asnaf Negeri Perak dan semoga perniagaan koperasi mulur serta megah seperti seperti pohon pine yang kekal hijau di musim salju
Teruskan membantu golongan asnaf dengan menunaikan zakat secara dalam talian di https://ezakat.maiamp.gov.my
Video : Hasil Tertuai, Zakat Tertunai
Video : Hasil Tertuai, Zakat Tertunai