• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMISKINAN KAMPUS SIFAR UiTM CAWANGAN PERAK

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMISKINAN KAMPUS SIFAR UiTM CAWANGAN PERAK

TAPAH, 13 Januari – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skim Bantuan Kebajikan Siswa IPT dengan kerjasama Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perak telah menganjurkan Program Kemiskinan Kampus Sifar.

Skim Bantuan Kebajikan Siswa IPT merupakan skim yang diwujudkan bermula tahun 2024 bertujuan membantu Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta sekitar Perak menangani isu kebajikan mahasiswa di kampus. Pada majlis tersebut, sebanyak RM108,298 ribu dana zakat telah berjaya diagihkan kepada 92 mahasiswa UiTM cawangan Perak.

Turut hadir, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, YBhg. Prof Madya Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Gani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Haji Bakri bin Lee dan Kordinator Zakat, Sedekah dan Wakaf, Encik Hamdi bin Mohd Yaacob.

Semoga Skim Bantuan Kebajikan Siswa IPT memberi impak positif kepada pelajar seterusnya meningkatkan prestasi akademik dan kualiti hidup disamping mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Video : Majlis Pelancaran Program Kemiskinan Kampus Sifar UiTM Cawangan Perak

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.