SAYA NI BERNIAGA DAH LAMA, ZAKAT PERNIAGAAN KENA BAYAR KE?
Untuk para peniaga kecil dan sederhana, MAIPk sentiasa memberikan sokongan dan perkhidmatan terbaik dalam memudahkan pembayaran zakat perniagaan. Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda membuat taksiran zakat perniagaan terlebih dahulu untuk menentukan amaun zakat yang tepat dan sah.
Dengan menggunakan platform dalam talian yang disediakan MAIPk, kini anda boleh membuat taksiran zakat secara mudah dan tepat.
Imbas kod QR untuk memulakan proses taksiran zakat perniagaan anda
MAIPk komited membantu perniagaan anda untuk terus maju dalam keberkatan rezeki.
Ayuh, bersama-sama kita memperkasakan ekonomi umat Islam dengan berzakat!