RM30,189.80 BANTUAN PERUBATAN KEPADA ASNAF
IPOH, 6 Februari - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Ipoh turun padang menziarahi dan menyantuni 5 keluarga asnaf sekitar kawasan Ipoh.
Bantuan perubatan berjumlah RM30,189.80 telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar diiringi Pegawai Baitulmal Daerah Ipoh, Encik Shaiful Nizam bin Not dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Puan Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy.
Program Ziarah Asnaf merupakan inisiatif MAIPk bertujuan memastikan kumpulan asnaf yang layak menerima zakat mendapat bantuan sewajarnya.Program ini mencerminkan komitmen MAIPk dalam menyalurkan zakat secara telus dan berkesan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan yang memerlukan.
Terima kasih kepada para pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. MAIPk akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan efektif.
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic1.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic2.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic3.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic4.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic1.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic2.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic3.jpg)
![](/images/artikel/Feb25/bantuanperubatanpic4.jpg)