• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM3,064,237.08

KUALA KANGSAR, 8 Mac 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). Terdahulu, baginda turut berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah kepada Pengurus Besar Single Business Unit (SBU) Pungutan Zakat dan Wakaf MAIPk, Ahmad Nazim bin Md Tajuri, disaksikan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Turut hadir YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Dato’ Seri Di raja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin.

Penyerahan zakat perniagaan di dalam majlis ini didahului BELATI diwakili oleh Pengarah, Mohamad Akmal bin Dato’ Johari berjumlah RM885,000.00. Disusuli, Johawaki Plantation Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Anizam bin Bakar berjumlah RM290,000.00.

Ia diikuti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azhar bin Mohd Yusof berjumlah RM1,089,237.08. Penyerahan zakat terakhir oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli bin Abdullah berjumlah RM800,000.00.

Majlis penyerahan zakat berkenaan seterusnya disempurnakan dengan majlis iftar bersama kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar Perak, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Persekutuan/Badan Berkanun.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.