KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK
IPOH, 12 Mac 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Syamsul Hazeman bin Md Salleh, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Wan Maizura binti Wan Zahari,Pengurus Besar Bahagian Mal dan Wakaf, Suhaimi bin Yusoff, serta Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat, Munawir bin Mohamad Noh.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk kelancaran pengurusan tanah mal dan wakaf serta kesedaran tanggungjawab untuk membayar zakat melalui potongan gaji.







