• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terus Prihatin Ringankan Beban 5 Keluarga Asnaf

SERI ISKANDAR, 22 Mei 2025 – Majlis Agama Islam dan ' Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Seri Iskandar telah turun padang menziarahi dan menyantuni asnaf menerusi Program Ziarah Asnaf yang dilaksanakan di kawasan Parit, Bota dan Simpang Tiga.

Hampir RM90,000 telah disalurkan dalam bentuk bantuan perubatan, modal dan bina rumah kepada lima keluarga asnaf yang memerlukan.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad bersama Ahli Majlis, Puhaz bin Salleh. Turut hadir, Pengurus Besar Zon Tengah, Shaiful Nizam bin Not, Pengurus Cawangan Seri Iskandar, Ahmad Fadzil bin Mustaffa serta Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. MAIPk akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik serta mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan berkesan.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.