MOH BERWAKAF - TERAS AGAMA, KESEJAHTERAAN UMMAH
Wakaf Perak Al Ridzuan (WPAR) membuka ruang seluas-luasnya untuk anda menyemai pahala berpanjangan melalui wakaf tunai, demi memperkukuh syiar Islam dan memenuhi keperluan rohani ummah secara berterusan.
𝟏. 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤
Bas yang diubahsuai menjadi surau mudah alih – ruang ibadah yang selesa dan patuh syariah untuk masyarakat menunaikan solat ketika berada di padang, dataran atau acara terbuka. Inisiatif ini menjadikan ibadah lebih mudah, di mana jua anda berada.
𝟐. 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐡𝐬𝐢𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬
Menawarkan pembelajaran Al-Quran percuma kepada warga emas di Pusat Warga Emas (PWE) Bait Ar-Ridzuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ia merangkumi keperluan infra, kemudahan pembelajaran dan kos tenaga pengajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.
Sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang berkekalan.
Ayuh, sokong usaha dakwah dan pendidikan agama melalui wakaf tunai.
