• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS DOA SELAMAT MULA KERJA PEMBINAAN KOMPLEKS PENTADBIRAN DAN PUSAT KOMERSIAL MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

MAJLIS DOA SELAMAT MULA KERJA PEMBINAAN KOMPLEKS PENTADBIRAN DAN PUSAT KOMERSIAL MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

IPOH, 18 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) pagi ini mengadakan Majlis Doa Selamat mula kerja pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Pusat Komersial (KPPK) MAIPk, yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bandaraya Ipoh yang memperlihatkan warisan sejarah.

Projek pembangunan KPPK menampilkan reka bentuk seni bina Nusantara Melayu, berinspirasikan elemen dan motif rumah tradisional Melayu Perak, khususnya Rumah Kutai. Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha MAIPk memberi nafas baharu dan menyuntik roh dalam hasrat memartabatkan seni bina warisan Melayu yang kian terpinggir dalam arus pembangunan moden.

Pembangunan KPPK bukan sahaja menitikberatkan aspek fungsi dan kemudahan moden, malah turut mengangkat estetika seni warisan tempatan sebagai teras utama reka bentuk. Antara ciri-ciri utama bangunan ini ialah:

· Bumbung lima yang sinonim dengan reka bentuk rumah tradisional Perak.
· Ukiran kayu halus pada tiang, siling dan tingkap, mencerminkan ketukangan halus masyarakat Melayu.
· Tingkap dengan peneduh suria, yang mengekalkan nilai estetik di samping berfungsi sebagai kawalan cahaya dan haba.
· Penggunaan elemen serta bahan binaan tradisional, bagi mengekalkan keaslian rupa bentuk warisan.
· Tona warna berinspirasikan alam semula jadi, melambangkan kelestarian, keaslian dan kesederhanaan seni bina terdahulu.

Konsep dan reka bentuk kompleks diterajui oleh GDP Architects Sdn. Bhd., selaku perunding utama projek.

Majlis bersejarah ini disempurnakan oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, disaksikan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Datuk Bandar Ipoh, Yang Berbahagia Zamakhshari bin Hanipah, Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Pegawai Daerah Kinta, Yang Berusaha Zulhisham bin Ahmad Shukori, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, wakil komuniti setempat serta rakan-rakan strategik pembangunan.

KPPK merangkumi pembinaan sebuah bangunan setinggi enam tingkat, serta dua tingkat ‘basement’ untuk 314 lot tempat letak kereta dan 70 lot tempat letak motosikal. Kompleks akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden; di samping ruang pejabat dan lantai komersial dan ruang niaga, satu lantai dikhususkan untuk Galeri Warisan. Kos pembinaan ialah RM74,671,403.40. Pembinaan dijangka mengambil masa 30 bulan dan disasarkan siap pada April 2028.

Pembangunan KPPK akan menjadi penanda aras baharu dalam pendekatan pembangunan yang menggabungkan tradisi dengan modenisasi, memenuhi agenda memulihara budaya dan warisan Melayu. Kompleks ini bukan sahaja akan berfungsi sebagai pusat urusan pentadbiran, malah dirancangkan untuk menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong, pendidikan serta sejarah untuk generasi akan datang.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.