• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • 30 JURUTEKNIK FIBER OPTIK DILAHIRKAN LAGI MELALUI LATIHAN TVET MAIPk

30 JURUTEKNIK FIBER OPTIK DILAHIRKAN LAGI MELALUI LATIHAN TVET MAIPk

IPOH, 18 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited memperkasa golongan asnaf melalui program pembangunan kemahiran. Terbaharu, seramai 30 orang asnaf akan menerima tajaan Kursus Juruteknik Fiber Optik srlama sebulan di bawah program TVET MAIPk menerusi kaedah “Place & Train”, iaitu latihan disusuli penempatan kerja dalam industri.

Kumpulan ini merupakan kohort kedua bagi Kursus Juruteknik Fiber Optik. Sebelum ini, 50 peserta kumpulan pertama telah berjaya menamatkan latihan dan kini bekerja dalam industri telekomunikasi di negeri-negeri zon utara, khususnya Pulau Pinang dan Perak.

Program ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap tenaga mahir dalam sektor fiber optik sekaligus membuka peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan asnaf.

MAIPk yakin bahawa penganjuran program ini bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran teknikal peserta, malah secara langsung memperkukuh kebolehpasaran mereka dalam industri yang semakin berkembang.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik bagi membantu golongan asnaf keluar daripada kitaran kemiskinan dengan cara yang mampan, melalui pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan sebenar.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.