MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DIGITAL PERAK CORPORATION HOLDINGS
IPOH, 4 Mac 2026 -Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman bin Md Salleh, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Digital Perak Corporation Holdings yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi bin Mohamad Tahir.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan bagi mempromosi produk makanan tambahan sekolah untuk pelajar asnaf di Negeri Perak, di samping meneroka potensi kerjasama strategik antara MAIPk dan Digital Perak dalam memperkasa inisiatif pembangunan sosial serta kesejahteraan golongan asnaf.










