MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI PERAK
IPOH, 6 Mac 2026- Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman bin Md Salleh, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak.
Delegasi ABIM Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Dipertua ABIM Negeri Perak, Muhammad Ukasyah bin Azhari, hadir bagi meneroka ruang jalinan kerjasama strategik antara ABIM dan MAIPk dalam pelbagai potensi inisiatif yang bersesuaian, khususnya dalam usaha memperkasa agenda pembangunan ummah di Negeri Perak.










