JEMPUTAN KEPADA PENYEDIA LATIHAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF MAIPK TAHUN 2026
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa institusi latihan, pusat kemahiran serta pihak industri yang berkelayakan untuk menyertai sebagai Penyedia Latihan Program Kemahiran MAIPk.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada golongan asnaf untuk meningkatkan kemahiran, kebolehpasaran serta menjana pendapatan yang lebih baik melalui latihan kemahiran yang berkualiti.
Kami mengalu-alukan penyedia latihan dalam kursus kemahiran seperti:-
• Kelasi Kapal
• Maritime Culinary
• Aviation
• Penyelenggaraan Minor Kenderaan Elektrik dan Hybrid
• Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan
• Proses Kimpalan SMAW Process 3G & 4G
• Proses Kimpalan Arka Berteras Logam (FCAW) 3G & 4G
• Tank Cleaning
• Fire Watcher
• Radiographic Testing Level 2 (NDT)
• Logistic Assistant
• Operasi Komputer
Tawaran dan syarat adalah seperti tertera pada iklan.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Talian Berikut:-
05-2084005 / 05-2084029 / 05-2084132 / 019-5711392 (Hotline)
Penyedia latihan yang berminat boleh mengemukakan kertas cadangan program Latihan ke email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pertimbangan
Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mac 2026 (Jumaat), Jam 5.00 Petang










