MASJID SEBAGAI PUSAT KELESTARIAN UMMAH
Jom bersama-sama menjayakan Program Masjid Lestari yang bakal berlangsung di Masjid Jamek Pekan Tanjong Piandang sebagai usaha memperkasa kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan amalan kitar semula dalam komuniti masjid.
Program ini akan menampilkan perkongsian berkaitan konsep Masjid Lestari, amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta cadangan pelaksanaan aktiviti Flogging iaitu sambil berjalan atau berjoging sambil mengutip sampah demi mewujudkan persekitaran hijau, bersih dan lestari.
Turut bersama sebagai panel jemputan ialah: Puan Habibah binti Yaakob
Ahli Majlis, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) merangkap Duta Kitar Semula MAIPk.
Ayuh hadir beramai-ramai dan bersama-sama menjadi ejen perubahan ke arah masjid yang lebih hijau, bersih dan lestari demi kesejahteraan ummah dan alam sekitar.








