PUASA SUNAT ZULHIJJAH
Rebut peluang melipatgandakan amal ibadah dalam hari-hari terbaik di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah selain daripada 10 hari terawal Zulhijjah.” - Hadis Riwayat al-Bukhari
Antara amalan yang sangat digalakkan ialah berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijjah, khususnya Puasa Hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji.
Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) merupakan sunat muakkad yang dijanjikan ganjaran penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan keberkatan dan keampunan buat seluruh umat Islam.








