HARI INI DALAM SEJARAH
Pada tarikh ini, 1 Muharam 1369 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1949 tertubuhnya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam serta memelihara dan memartabatkan adat Melayu di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Selama 77 tahun, MAIPk terus menggalas amanah dalam pengurusan zakat, wakaf, baitulmal dan pembangunan ummah, selaras dengan peranannya sebagai institusi Islam negeri di bawah naungan DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam Negeri.
Daripada sebuah institusi yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan umat Islam, MAIPk kini terus berkembang sebagai pemangkin kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif kebajikan, pendidikan, kesihatan, pemerkasaan ekonomi dan pembangunan ummah.
Semoga MAIPk terus istiqamah melaksanakan amanah, memperkukuh syiar Islam serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Negeri Perak.
Memperteguh Syariat, Melestari Adat








