• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN DAN KELENGKAPAN PRASEKOLAHAN DAERAH TAPAH

Tapah, 27 Januari – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) kali ini memilih Masjid Al Mukmin, Tapah sebagai lokasi ke-3 bagi Majlis Penyerahan Pakaian dan Kelengkapan Persekolahan melibatkan 252 orang pelajar Orang Asli Islam di sekitar kawasan tersebut.

Penyerahan pakaian dan kelengkapan persekolahan ini disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Batang Padang, YDH. Toh Paduka Indera Dato’ Haji Mat Rasid bin Ayob.

Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Tapah, Tuan Al-Fadhil Ustaz Rozaini bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al Mukmin, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Isa dan Pegawai Baitulmal Daerah Tapah, Encik Johar bin Zainal Abidin.

Semoga inisiatif ini menjadi sinar harapan buat keluarga yang memerlukan, memastikan anak-anak Orang Asli Islam dilengkapi dengan pakaian sekolah yang sempurna, sekaligus menyuntik semangat untuk melangkah ke sesi persekolahan yang baru dengan lebih berkeyakinan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.