• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

TAWARAN PENAJAAN BANTUAN BIASISWA BAITULMAL TAHUN 2025

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon.

Permohonan boleh dibuat mulai 𝟐𝟐 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟏𝟒 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍
✅ Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam;
✅ Pelajar lahir dan menetap di negeri Perak atau bermastautin di negeri Perak;
✅ Pendapatan bulanan ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin);
✅ Pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2025 daripada Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional) yang cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum tahun sebelumnya berdasarkan merit
✅Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana agensi.
Jika anda menepati semua syarat yang ditetapkan, sila dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berhampiran dan hantarkan sebelum tarikh tutup.

𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍:
1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan semua ahli isi rumah;
3. Salinan penyata pendapatan ibu/bapa atau penjaga (slip gaji / pengesahan pendapatan daripada penghulu;
4. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan);
5. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan);
6. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2024;dan
7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://rb.gy/p1p1r4 imbas kod QR pada iklan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.