IHYA’ RAMADAN @PUO 1446H/2025M – BERZAKAT MEMBAWA BERKAT
IPOH, 25 Februari – Majlis Pelancaran & Ceramah Sambutan Ramadan anjuran Politeknik Ungku Omar (PUO) berlangsung dengan penuh keberkatan di Dewan Jubli Perak yang dihadiri lebih 600 peserta.
Program ini menampilkan Ustaz Mohd Ariffullah bin Haji Mashudi, Eksekutif Bahagian Operasi Kutipan, SBU Zakat Ar-Ridzuan, MAIPk, yang menyampaikan ceramah bertajuk “Berzakat Membawa Berkat”. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan kepentingan zakat sebagai satu kewajipan dan bagaimana ia memberikan manfaat bukan sahaja kepada penerima tetapi juga kepada pembayar zakat dari segi keberkatan rezeki.
Sambutan hangat daripada para peserta mencerminkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan ibadah zakat serta persiapan menyambut Ramadan dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.
Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap majlis ini menjadi pemangkin kepada amalan kebajikan yang lebih meluas sepanjang bulan Ramadan.
Video : IHYA’ RAMADAN @PUO 1446H/2025M – BERZAKAT MEMBAWA
Video : IHYA’ RAMADAN @PUO 1446H/2025M – BERZAKAT MEMBAWA