• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Ramadan Semakin Hampir, Dah Settle Semua?

Lagi beberapa hari je sebelum Ramadan menjengah. Dah bersedia ke belum? Jom check dulu, apa yang patut kita selesaikan sebelum puasa bermula.

1. Ganti Puasa: Kalau ada hutang puasa tahun lepas, cepat-cepat qada’ sebelum terlambat!

2. Setel Zakat dan Sedekah: Dah kira zakat ke belum? Lagi awal kita tunaikan, lagi cepat manfaatnya sampai kepada mereka yang memerlukan.

3. Rancang Menu Sahur dan Iftar: Bukan untuk makan mewah, tapi untuk elakkan pembaziran dan pastikan badan dapat tenaga yang cukup sepanjang hari.

4. Upgrade Ibadah: Dah mula biasakan diri dengan solat sunat, baca al-Quran dan bangun awal untuk qiam? Latih diri dari sekarang supaya Ramadan nanti terus steady!

5. Bermaafan dan Perbaiki Diri: Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi masa untuk bersihkan hati. Jom mulakan dengan bermaafan dan betulkan hubungan sesama manusia.

Awal tak kalut orang kata. Jangan last minute baru nak kejar semua. Ramadan ni ibarat peluang keemasan setahun sekali. Jom manfaatkan sepenuhnya!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.