Solat, Puasa dan ZAKAT.
Zakat, sama pentingnya seperti ibadah puasa dan solat yang merupakan kewajipan dalam rukun Islam. Kita rukuk dan sujud setiap hari serta berpuasa sebulan Ramadan tetapi adakah kita benar-benar telah menyempurnakan rukun Islam sepenuhnya?
Solat dan puasa dijaga tetapi zakat diabaikan. Sedangkan dalam setiap rezeki yang kita terima, ada bahagian yang bukan milik kita. Ada hak fakir, miskin dan golongan asnaf lain yang memerlukan.
Sempurnakan rukun, zahirkan kesyukuran, tunaikan zakat dan raih keberkatan Ramadan. Selamat menyambut kedatangan Ramadan al-mubarak dan selamat beribadah.
Video : Solat, Puasa dan ZAKAT
Video : Solat, Puasa dan ZAKAT