Ucapan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Tn. Ahmad Nazim Bin Md Tajuri
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah, menyucikan harta dengan zakat, serta memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama insan. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan dan rahmat kepada kita semua.
Dalam usaha untuk mempermudah urusan zakat dan memperkukuh perkhidmatan kepada masyarakat, MAIPk dengan bangganya memperkenalkan Aplikasi MAIPk Bestari, sebuah platform digital yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk umat Islam di Negeri Perak.
Antara fungsi utama yang tersedia dalam aplikasi ini:
- Pembayaran zakat fitrah secara mudah dan pantas
- Waktu solat bagi rujukan harian
- Arah kiblat untuk kemudahan umat Islam di mana sahaja
Selain itu, beberapa penambahan fungsi pada masa akan datang:
- Pengurusan bahagian agihan zakat: Semakan & permohonan bantuan secara dalam talian
- Pengurusan Mal (harta) dan Wakaf untuk memudahkan umat Islam dalam pengurusan harta mereka secara patuh syariah
Dengan inovasi ini, diharapkan aplikasi MAIPk Bestari dapat menjadi platform yang lebih inklusif dan efektif dalam memperkasa perkhidmatan zakat serta manfaat kepada masyarakat.
Video : Ucapan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Tn. Ahmad Nazim Bin Md Tajuri
Video : Ucapan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Tn. Ahmad Nazim Bin Md Tajuri