• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TABUNG AMANAH MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT NEGERI PERAK BERJUMLAH RM758,020.00

IPOH, 14 April 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Amanah Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak berjumlah RM758,020.00 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat, Munawir bin Mohamed Noh.

Majlis penyerahan bantuan pada hari ini melibatkan dana berjumlah RM194,000.00 yang diluluskan kepada enam buah masjid dan RM146,000.00 kepada sembilan buah surau hasil daripada pembangunan tanah wakaf seluas 1,750 ekar di Sungkai. Seterusnya, dana sebanyak RM418,020.00 telah diluluskan kepada 19 buah sekolah agama rakyat hasil pembangunan tanah wakaf seluas 5,000 ekar di Jalong, Sungai Siput.

Majlis ini merupakan inisiatif berterusan MAIPk dalam memperkasa institusi-institusi Islam di negeri Perak melalui agihan bantuan kewangan hasil pembangunan tanah-tanah wakaf. Hasil wakaf bukan sekadar satu amanah, malah merupakan pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat. MAIPk akan terus memastikan tanah-tanah wakaf di negeri Perak dibangunkan dengan berhemah serta memberi pulangan kepada ummah.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai, Pengurus Unit Pembangunan Ummah, Yazid bin Kamaruddin, pengerusi masjid dan surau, guru besar sekolah agama rakyat, serta pegawai-pegawai MAIPk.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.