• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

35 Asnaf Diperkasa Melalui Program Keusahawanan Francais UPAYA MAIPk

TAIPING, 7 Jun 2026 โ€“ Seramai 35 peserta daripada golongan asnaf berjaya menamatkan Kursus Keusahawanan Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Hotel Sri Warisan, Taiping.

Program ini merupakan inisiatif strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam memperkasa ekonomi asnaf melalui pembangunan usahawan berdaya saing dan berpendapatan mampan. Sebagai persediaan sebelum memasuki dunia perniagaan sebenar, peserta telah didedahkan dengan pelbagai elemen penting keusahawanan merangkumi asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran moden serta pembentukan imej dan sahsiah usahawan.

Turut menjadi pengisian utama program ialah sesi motivasi dan pembangunan diri yang bertujuan membina keyakinan, mengubah minda serta menyemai semangat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan melalui usaha dan keusahawanan.

Peserta program terdiri daripada asnaf yang telah berkeluarga dan berdepan cabaran ekonomi semasa. Sehubungan itu, MAIPk memperkenalkan model perniagaan berasaskan francais sebagai platform yang lebih praktikal dan berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan dalam tempoh yang lebih cepat. Melalui pendekatan ini, peserta dapat memasarkan produk yang telah mempunyai jenama, pasaran dan penerimaan pengguna.

Sebanyak enam kategori perniagaan francais dikenal pasti untuk diusahakan oleh peserta iaitu Apam Balik, Pau, Ayam Gunting, Corndog, Nasi Lemak dan Burger.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Amirdin bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, yang turut menyampaikan amanat dan sesi motivasi bertajuk โ€œMerubah Takdir Dengan Tangan Sendiriโ€.

Sebagai langkah permulaan perniagaan, peserta akan menerima pembekalan lengkap meliputi khemah niaga, peralatan, bahan mentah, kelengkapan operasi serta penjenamaan rasmi di bawah identiti USAHAWAN UPAYA.

Program UPAYA bukan sekadar menyediakan bantuan perniagaan, malah menjadi platform transformasi yang memberi peluang kepada golongan asnaf untuk membina kehidupan yang lebih baik, meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya keluar daripada kategori penerima bantuan kepada penyumbang ekonomi masyarakat.

Daripada asnaf kepada usahawan, daripada penerima kepada pencipta peluang.


MAIPk TURUN PADANG MENCARI PESERTA TVET 2026

MAIPk kini sedang menggerakkan Siri Jelajah Pencarian Peserta TVET MAIPk 2026 ke seluruh Negeri Perak bagi mengenal pasti dan membuka peluang kepada lebih ramai belia untuk menyertai program latihan kemahiran TVET.

Terbaharu, sesi Taklimat dan Promosi TVET MAIPk telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kenang dengan penyertaan seramai 50 orang belia lelaki dan perempuan daripada komuniti Orang Asli. Taklimat telah disampaikan oleh Amirudin bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf.

Kepada seluruh belia Negeri Perak, peluang sedang datang menghampiri anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program TVET MAIPk yang menawarkan laluan kemahiran, kebolehpasaran pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah.

Ikuti hebahan rasmi MAIPk dan sentiasa bersedia menghadiri siri jelajah yang akan diteruskan di pelbagai lokasi seluruh negeri.

Nantikan juga sesi temuduga terbuka TVET MAIPk yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Negeri Perak. Bagi yang berminat, pendaftaran juga boleh dibuat pada bila-bila masa melalui portal bestari.maipk.gov.my untuk menyertai program latihan kemahiran TVET MAIPk.

Kami mencari. Anda berpotensi. TVET MAIPk adalah platform untuk merealisasikan masa depan.

Ingat, peluang tidak menunggu anda. Andalah yang perlu merebutnya. Ayuh bina masa depan yang lebih gemilang bersama TVET MAIPk.


Video :ย MAIPk TURUN PADANG MENCARI PESERTA TVET 2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat dan negara.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.