• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIPk SANTUNI ANAK-ANAK PERAK DI MESIR

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIPk SANTUNI ANAK-ANAK PERAK DI MESIR

2 Oktober, 2024 – Delegasi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), berkesempatan menyantuni anak-anak Perak sempena lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh di Mesir.

Lawatan seumpama ini kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2017.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke pasar bagi meninjau harga barangan keperluan harian yang dimaklumkan meningkat berikutan situasi ekonomi di Mesir.

Tuan KPE juga berkesempatan menyempurnakan penyembelihan kambing ketika lawatan untuk jamuan bersama anak-anak Perak. Beliau juga turut melawat Wisma Perak di Hayyu Sabiek untuk melihat sendiri penginapan serta kemudahan yang perlu ditambahbaik demi keselesaan anak-anak Perak di Mesir.

Tuan KPE bersama delegasi MAIPk turut menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama anak-anak Perak di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Majlis dimulakan dengan solat maghrib, makan malam dan ucapan Tuan KPE MAIPk serta penyampaian wang saku USD100 kepada pelajar-pelajar yang hadir. Beliau turut mengumumkan sumbangan tambahan kepada Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebanyak RM10,000 bagi tujuan aktiviti anak-anak Perak untuk tahun 2024.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dari pelbagai agensi seperti Wisma Putra, Education Malaysia Egypt, MATRADE, MARA dan JAKIM.

Dalam sesi lawatan ini, MAIPk berkesempatan melihat situasi anak-anak Perak di Mesir dari sudut tajaan zakat, kos sara hidup, bangunan penginapan pelajar di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Wisma Perak Baitul Rahman termasuk pengurusan Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak di Mesir.

Semoga dengan lawatan rasmi ini dapat memberi maklumat kepada pihak MAIPk dalam merangka penambahbaikan pengurusan zakat ke arah lebih baik terutama dalam bidang pendidikan termasuk kebajikan anak-anak di Mesir khususnya.

Selain Tuan KPE, delegasi MAIPk ke Mesir pada kali ini turut disertai oleh AF Ustaz Bakri bin Lee, Timbalan KPE MAIPk (Pengurusan), Encik Dzulbazli bin Mahamd Ali, Pengurus Unit Pembangunan Projek dan Muhammad Naquib bin Mohamd Tarmizi, Pengurus Unit Perhubungan Korporat MAIPk.

Tahniah dan syabas buat KPIPM di atas komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan lawatan di Mesir.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.