INAYAT BERZAKAT, MAKMUR PERNIAGAAN
Bermula dengan kunjungan ke Caliphtrade Enterprise pada awal Disember lalu bagi mendapatkan penerangan berkenaan Zakat Perniagaan pada 26.12.2024.
Hari ini, pihak Caliphtrade Enterprise bersetuju mengeluarkan Zakat Perniagaan mereka berjumlah RM32,660.63 yang disampaikan oleh Puan Nurul Hanim binti Muhammad Khairuddin, Pengurus Besar Caliphtrade Enterprise dalam majlis ringkas bertempat di Pejabat Urusan Caliphtrade Enterprise, Bandar Baru Seri Iskandar. Eksekutif SBU Zakat Perak Al-Ridzuan MAIPk, Encik Mohd Saiful Izham Bin Kamaruddin turut hadir menerima zakat tersebut.
Didoakan dengan zakat perniagaan yang telah ditunaikan, Caliphtrade Enterprise akan terus maju dan semoga Allah SWT memberkatinya.
Tunaikan zakat di https://ezakat.maiamp.gov.my sekarang. Bayar online sekejap jer, 5 minit selesai.
Kredit: Team SBU Zakat Perak Al Ridzuan MAIPk Zon Barat
Kredit: Team SBU Zakat Perak Al Ridzuan MAIPk Zon Barat