• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk
  • 35 Asnaf Diperkasa Melalui Program Keusahawanan Francais UPAYA MAIPk

35 Asnaf Diperkasa Melalui Program Keusahawanan Francais UPAYA MAIPk

TAIPING, 7 Jun 2026 – Seramai 35 peserta daripada golongan asnaf berjaya menamatkan Kursus Keusahawanan Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) MAIPk yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Hotel Sri Warisan, Taiping.

Program ini merupakan inisiatif strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam memperkasa ekonomi asnaf melalui pembangunan usahawan berdaya saing dan berpendapatan mampan. Sebagai persediaan sebelum memasuki dunia perniagaan sebenar, peserta telah didedahkan dengan pelbagai elemen penting keusahawanan merangkumi asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran moden serta pembentukan imej dan sahsiah usahawan.

Turut menjadi pengisian utama program ialah sesi motivasi dan pembangunan diri yang bertujuan membina keyakinan, mengubah minda serta menyemai semangat untuk keluar daripada kitaran kemiskinan melalui usaha dan keusahawanan.

Peserta program terdiri daripada asnaf yang telah berkeluarga dan berdepan cabaran ekonomi semasa. Sehubungan itu, MAIPk memperkenalkan model perniagaan berasaskan francais sebagai platform yang lebih praktikal dan berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan dalam tempoh yang lebih cepat. Melalui pendekatan ini, peserta dapat memasarkan produk yang telah mempunyai jenama, pasaran dan penerimaan pengguna.

Sebanyak enam kategori perniagaan francais dikenal pasti untuk diusahakan oleh peserta iaitu Apam Balik, Pau, Ayam Gunting, Corndog, Nasi Lemak dan Burger.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Amirdin bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, yang turut menyampaikan amanat dan sesi motivasi bertajuk “Merubah Takdir Dengan Tangan Sendiri”.

Sebagai langkah permulaan perniagaan, peserta akan menerima pembekalan lengkap meliputi khemah niaga, peralatan, bahan mentah, kelengkapan operasi serta penjenamaan rasmi di bawah identiti USAHAWAN UPAYA.

Program UPAYA bukan sekadar menyediakan bantuan perniagaan, malah menjadi platform transformasi yang memberi peluang kepada golongan asnaf untuk membina kehidupan yang lebih baik, meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya keluar daripada kategori penerima bantuan kepada penyumbang ekonomi masyarakat.

Daripada asnaf kepada usahawan, daripada penerima kepada pencipta peluang.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.